About Me
- sii piejah
- just a simple person.. be hepy always.. want to became a writer..:)
Thursday, 29 August 2013
Friday, 23 August 2013
asal usul bangsa sungei
SEJARAH orang sungai . .
Asal Usul Orang Sungai berdasarkan catatan sejarah,penduduk di kepulauan Borneo tergolong dalam kelompok Austronesia iaitu daripada bangsa Negrito dan Austroloid. Kelompok ini telah meninggalkan Tanah Melayu bersama-sama penduduk Austronesia yang lain selepas zaman batu, iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun lalu. Mereka memulakan kehidupan baru dan berhijrah dari suatu tempat ke tempat yang lain. di samping mengamalkan pertanian pindah (shifting cultivation) untuk menyara kehidupan seharian sehingga ke utara kepulauan Borneo. Perubahan hidup masyarakat ketika itu bermula dengan penempatan secara kekal di tebing sebuah tasik yang di kelilingi pokok-pokok ara di ulu Sungai Labuk yang dikenali sebagai Nunuk Ragang.Tidak dapat dipastikan sama ada Kampung Nunuk Ragang yang terletak tidak jauh dari jambatan Tampias ketika ini adalah kampung yang dimaksudkan dalam sejarah penghijrahan awal ini. Salah satu etnik yang terdapat di situ ialah suku kaum Orang Sungai.
Mengikut catatan sejarah, asal usul Orang Sungai bermula pada tahun 1881 apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusuri Sungai Kinabatangan hingga ke Kampung Imbok yang masih wujud ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang mendirikan penempatan di tebing sungai dan pandai bercucuk tanam. Ciri-ciri mereka pada ketika itu berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan. Disebabkan mempunyai masalah berkomunikasi, beliau langsung tidak mengetahui siapa sebenarnya mereka lalu menamakannya dengan panggilan The River People. Selepas peristiwa tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC) panggilan ini telah diterjemahkan dalam bahasa tempatan iaitu Orang Sungai dan kekal digunakan sehingga ke hari ini. Di Daerah Pitas, asal-usul bangsa Sungai dipercayai daripada suku kaum Tambanuo dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.Dahulu pendakwah-pendakwah Islam menggunakan jalan air untuk berniaga di samping menyebarkan agama Islam di kawasan ini. Pedagang pedagang pada masa itu berjaya meyakinkan penduduk-penduduk Sungai tentang kesucian agama itu dan akhirnya hati mereka terbuka untuk memeluk agama tersebut. Setelah memeluk Islam, corak kehidupan bangsa Tambanuo turut berubah iaitu daripada animisme ke ajaran sebenarnya.
copy & paste from : http://my.opera.com/rdeenromeo/blog/2011/03/27/asal-usul-bangsa-sungei
Subscribe to:
Comments (Atom)
Popular Posts
-
nah...nie sya nak knalkan kat kwn rpat sya...:) nie kwn sya msa skolah menengah..:) sya n drg skul kat sekolah daerah papar..sekolah ...
-
tdi dah knalkan kwn2 sya kat skolah menengah...skang nak knalkan plak kwn sya msa kat u nie...huhu..mla2 sya sya rsa janggal sgt kat cni...
-
SEJARAH orang sungai . . Asal Usul Orang Sungai berdasarkan catatan sejarah,penduduk di kepulauan Borneo tergolong dalam kelompok Austro...
-
mari kita knal dgn adk cumil yg jdi pujaan sya..c kecik nie btul2 plakon kanak2 yg b'bkat....snang jer nak men wtak..:) klu bdak len...
-
hye smua..lma dah x update status kan..hehehe...nodul nie wjib smua student ekt coz klu ndak p ndak blh grade sayang..nah mwndak mw t'...
-
1 september 2012_ hehehehe...best yg amt..kmi p mamutik rmai2..berpn mhal yg pnting b'bloi bha..huhu..pnnyala ak excited tgok ikan2 d s...
-
kmarin kmi hangout rmai2..reduce tension..ingatkan rmai yg dtang...duina...sklinya 6 org jak bha..tpi ndakpa...ckit pn best gak bha..huhu.....
-
huhu..nie pic clasmate ak msa kmi smbut rya...smuanya excited klu jmpa kamera..mw jdi artis..jgn heran ar..mmg bgni nie..lucu gakla..mw smb...
-
teman adalah suatu kurniaan yang indah.. air mta akan berlinangan jika memikirkan akan si teman.. perjalanan yang menggamit masa depan.. ...
-
nak citer nie...spa caya msa cuti sya keja jadi ustazah sementara..hehehe..lucu gak la..dak mcm sya nie nak ajr bdak2 mngaji...pas 2 subje...